10 Makanan Snek Zaman Kanak-Kanak Anda Yang Menggamit Kenangan
Posted on October 9th, 2021
10 Makanan/Snek Zaman Kanak-Kanak Anda Yang Menggamit Kenangan
1. Ais Krim Pop
Sumber: twitter @iamsyza
Bila balik sekolah je confirm korang pergi beli ais krim ni, pulas-pulas sampai terbelah pastu share ngan kengkawan. Dulu ais krim ni murah je 30 sen skrg dah naik harga sampai 50 sen.
2. Boomer
Sumber: twitter @Ytrmli
Dulu beli 1 keping ni memang tak cukup. Minimum mesti beli 3. Kalau korg tak pernah kunyah 5 boomer ni dalam mulut pastu tiup sebesar alam memang rugi lah :p
3. Roti Ais Krim
Sumber: Blog Sihatimerahjambu
Bila dapat roti ais krim ni dalam tangan, perh besar dia tu tak terkata. Bila dah beli je roti ni ada je member-member korg yang akan mintak sikit.
4. Ais Krim Potong
Sumber: twitter @zainisaari
Bila gi kedai beli barang mesti korang mintak mak beli ais krim ni.
5. Nyam-Nyam
Sumber: go4worldbuisness
Snek ni zaman kanak-kanak kita je makan, budak-budak sekarang tahu kinder joy dengan kit kat je.
6. Hacks
Sumber: Nakal Itu Aku
Pedas/sejuk~~~~ perasaan yang selalu kita alami apabila menghisap gula-gula ini.
7. Super Ring
Sumber: Berita Harian
Keropok keju yang biasa kita letak kat semua jari kita baru kita gigit satu, last sekali jilat semua jari kita tu.
8. Keropok Durian
Sumber: Twitter @JamianMariam
Keropok rasa durian ni memang legend zaman dulu, memang tak boleh lupa rasa dia.
9. Sugus
Sumber: Twitter @IMelizz
Sugus ni pulak biasa orang seludup dalam kelas, bila dah kantoi dengan member lain, hilang satu-satu gula-gula tu
10. Juicy Fruit
Sumber: Sedap
Satu lagi gula-gula getah yang biasa korang makan waktu kecik, tapi korg pernah tahu tak apa flavour sebenar juicy fruit ni? Ada orang kata juicy fruit ni rasa gabungan daripada pisang dan cempedak. Hmmm.
Apa perasaan korang bila baca atau lihat artikel ni? Pasti korang dapat rasa balik zaman kanak-kanak korang tu, Anyways have a great days ahead : )