Narakasura adalah Raja Pragjothispura, Dia adalah anak kepada Bhudevi. Ibunya Bhudevi memohon anugerah daripada Dewa Vishnu untuk memberikan kehidupan yang panjang dan berkuasa, lalu Dewa Vishnu memberikan kehidupan yang panjang dan kuasa tersebut.
Sumber: D'Source
Narakasura menyeksa 3 Dunia demi untuk keseronokkannya sendiri. Tidak cukup lagi, Narakasura naik ke syurga yang diperintah oleh Indra untuk merampas ribuan Gajah Suci dan membunuh Dewa-dewa di sana. Pada saat itu, Narakasura ternampak kilauan daripada anting-anting Dewa Aditi, iaitu Ibu kepada semua Dewa. Lalu Narakasura merampas anting-anting tersebut daripada Dewa Aditi.
Indra tidak dapat menahan rasa malu dan marah terhadap Narakasura dan meminta pertolongan daripada Dewa Krishna. Krishna dan isterinya Sathyabama (Jelmaan Bhudevi) berasa marah apabila mendengar cerita tersebut. Dengan segera Krishna dan Isterinya pergi ke kubu Narakasura.
Sumber: Facebook
Dalam perjalanan tersebut, Krishna dan Sathyabama mengharungi segala pertahanan magis dari kubu Narakasura. Krishna menangkis semua serangannya dari kubu tersebut. Setibanya Krishna sampai ke pintu kubu Narakasura, Krishna menghancurkan pintu tersebut dengan sekali serangan sahaja.
Krishna dan Narakasura beradu di kubu Narakasura itu sendiri, disebabkan anugerah daripada dewa Vishnu, Krishna tidak boleh membunuh Naraksura. Takdir telah mengatakan bahawa Ibunya sendiri yang hanya boleh membunuh Narakasura iaitu Bhudevi. Lalu Sathyabama(Jelmaan Bhudevi) melancarkan serangan kepada Narakasura pantas membunuhnya. (Terdapat cerita lain yang mengatakan bahawa Krishna melempar Chakra dan membunuh Narakasura sendiri)
Sumber: The Truth Capture
Selepas kemenangan diperoleh selepas mengalahkan Narakasura, Bhudevi mengisytiharkan bahawa hari Narakasura ditewaskan adalah hari dimana hari Kejahatan ditumpaskan dan disitulah lahirnya hari Deepavali. Dimana pelita dinyalakan di setiap rumah penganut Agama hindu untuk meraikkan kejayaan mengalahkan kejahatan.
Sumber: Public Holidays
Begitulah kisah bagaimana Deepavali tercipta, tentang bagaimana kejahatan telah ditewaskan. Untuk meraikan Pesta Cahaya ini, penganut Agama Hindu menyalakan pelita di halaman rumah mereka dan memasang pelbagai hiasan berlampu.
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Agama Hindu di luar sana daripada Sun Inns Hotel :)